Sunday, 16 December 2012

Bermulalah blogger baru.

Salam semua, Hai saya haniff mungkin anda belum pernah nampak link saya di mana-mana.Saya juga baru nak mula dengan dunia blogger,ramai kata dunia blogger banyak dugaan.Mungkin saya boleh belajar dari otai-otai yang diluar sana.

Tapi takpe dengan publish yang pertama ni mungkin saya boleh cuba belajar lagi tentang dunia blogger.Dan mana satu hari nanti blog saya boleh jadi terkenal macam blog-blog otai.Dah lama sebenarnya nak buat blog sendiri,cuma takut dengan masa tak cukup.Maklum la saya ni kerja shift tak tetap,so insyaAllah berkat geng blogger boleh membantu saya.

Mungkin tak cukup dengan hanya mengenalkan nama sahaja hehe.Okay saya perkenalkan diri dululah secara details orang katalah.Okay lah boleh panggil Haniff sahaja,umur baru 20tahun dan tinggal di johor bahru.Sebenarnya saya memang suka menulis blog sambil cakap dalam hati,kadang-kadang ayat menarik bila kita spontan.

Kalau dah niat nak jadi blogger so kena la berusaha sikit kan.Saya kena terima nasihat dengan blogger lain dan kena jugak hasilkan benda yang menarik dari blog saya.Nak jadi kan blog saya "Blog Haniff" di terima orang ramai termasuk blogger sekalian.Rasa macam cukup untuk entri pertama saya,sebab masih banyak lagi benda nak buat pada blog baru saya ni hehe,Maklum la masih suci dalam dunia blogger katakan.

Kita jumpa dengan entri seterusnya,InsyaAllah saya takkan gelap saya cuba berusaha untuk menarikkan blog saya.Amin dan Assalamualaikum semua :)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Coupons